Saturday, July 5, 2008

Bumi Anbia bergegar lagi ...


Bumi Anbia di mana tempat para rasul dan nabi bergegar kembali. Kerakusan manusia israil makin mengganas seperti anjing-anjing liar yang menjijikkan berguling-guling di longgokan sampah sarap, Bumi yang aman dan tenang dahulu kini bergegar bagai gempa tanpa tsunami .. bangunan tinggi dan kukuh yang menjadi tempat berlindung kini jadi debu yang menutupi wajah penduduk arab bagai bedak yang bukanlah di sapu untuk kelihatan cantik. Debu juga itulah yang menampakkan jelasnya alisan air mata suci anak-anak lubnan yang cedera maupun kehilangan ibu bapa dan keluarga sanak saudara. Tak ubah seperti badut yang menempek tebal bedak putih di muda dan di lukis aliran air mata atau melukis wajah ceria di muka yang pasti mencuit hati anak-anak jika melihatnya dan pastinya tawa riang yang terdengar sorakan anak-anak pada badut itu sambil memegang belon-belon yang berwarna warni di tangan yang pastinya menceriakan dan menggembirakan hati seorang kanak-kanak, mereka semua gembira dan badut itu juga turut gembira melihat anak-anak genbira kita semua gembira dan ketawa hahahh!!! ..

Namun anak-anak lubnan itu berlainan pula kisahnya , bedak yang disapu bukan di minta , debu melekat adalah serpihan batu bata yang di bom oleh penderhaka tiada belon untuk di rebut tiada aiskirim untuk di sedut, bukan tawa sorak yang di dengar tapi suara yang serak menahan perit dari luka menghiris kulit yang halus, meraung meronta meredah timbunan batu bata dari runtuhan kota mencari ibu atau bapa tak di ketahui hidup matinya.

Hanya Tentera Israel yang ketawa melihat kemusnahan dunia yang juga mungkin sudah tua tak mampu lagi menampung dosa-dosa manusia rakus seperti mereka yang mencipta kejayaan yang akhirnya memusnahkan. Hanya Mereka jua yang gembira, manusia yang lain terus menderita tersiksa..

Apakah itu juga nasib kita? Kita hanya sekadar mampu melihat sahaja? Menggeleng kepala mengeluh bila membaca kisahnya di dada akhbar ? Meminta gencatan senjata sampai berbuih mulut kita sedangkan mereka terus tersiksa merana

Apakah tindakan kita .... ?? Bumi Anbia kini Bergegar lagi!!!

ALLAH AKBAR ! ALLAH AKBAR ! ALLAH AKBAR !

koleksi aku sejak dulu.. tapi .. tak siap




... Inilah antara koleksi aku sejak dulu ... yang sempat lagi aku selamatkan .... ada banyak lagii.. tapi ... takdapat di selamatkan sebab ...aku format pc aku tanpa aku selamatkan terlebih dahulu .. biasa laa.. konon nak format sendiri ... hampehhhh...cobaaaaaannn!!!!




BUTA HATI


Semalam aku di sana hari ini aku di sini esok entaj dimana ? tak pernah aku mengerti apa yang terjadi walau pun aku jeritkan apa yang terbuku di hati. Rasa macam nak mati , tapi letih laaa takut pada siksa allah di akhirat nanti , semua tu aku tak mengerti, atau sememangnya aku nie buta hati. AHH!! Apa pulak hati aku belum buta lagi kerana aku masih mengingati ilahi pencipta alam ini.

CORETAN

Kisah sebuah cerita , yang aku rancangkan ,di mana sebuah kisah yang amat susah untuk aku terjemahkan dari diari sebuah kehidupan yang penuh pancaroba yang pastinya menjadi sebuah sejarah yang tak mungkin luput di telan dek zaman
Aku mengharung liku liku hidup ini yang penuh dugaan yang pastimya menjadi kenangan penuh bermakna buat tatapan masyarakat yang jahil yang alpa dalam mengejar kemewahan di alam fana ini yang mencari nilai-nilai kehidupan yang penuh bernoda

Kenangan yang tak mungkin di pisahkan buat selamanya selagi ada daya dan upaya dalam mengimbau kenangan itu. Minda pasti akan mengejar masa jua dan tua pasti tiba selagi ada hayat di kandung badan. Selagi kederat masih mampu di kerah sehingga beku darah yang mengalir dalam tubuh lantas kaku dan beku.

Itulah selalunya di hadapi oleh setiap yang bernama insan yang menaruh pada harapan , impian , cita-cita dan apa jua mimpi atau igauan yang menjadi tarikan nafsu setiap individu


9/08/03 SENAWANG
JEJAK KEMERDEKAAN
DI MANA KEHIDUPAN SEDANG KAU MENUJU KEMATIAN
DI MANA ALAM SEDANG KAU SENDIRI MENGHANCURKAN
DI MANA INSAN SEDANG KAU DAN MEREKA SALING BERMUSUHAN
DI MANA KEINDAHAN SEDANG KAU LAKUKAN KEKOTORAN
DI MANA BELAS IHSAN SEDANG KAU MELAKUKAN KEKEJAMAN
DI MANA PEMBANGUNAN SEDANG KAU RUNTUHKAN KOTA KEMAKMURAN
DI MANA KEJAYAAN SEDANG KAU ASYIK BERMALAS-MALASAN
DI MANA KEMERDEKAAN …..
SEDANG KAU LENA DI ULIT MIMPI YANG TAK BERKESUDAHAN


ZEN ADUKA

Senawang , 9/6/2003 , 0230 hrs

KEKASIH


Walau di mana jua jasad mu berada ,
ketahuilah bahawa hanya di hati ini nama mu bertakhta ,
biarpun aku berada di medan perang ,
perjuangan ku jua hanyalah untuk mu bukanlah sebagai khayalan,

untuk kebahagiaan mu keceriaanmu

agar sentiasa jua terukir senyuman di raut wajahmu



KISAH SEORANG MACAM AKU ( 11/07/03 – senawang 1600 hrs )


Dalam keheningan pagi yang sayup-sayup kedengaran bunyian anak-anak cengkerik mendayu-dayu menggesekkan kedua kakinya ibarat bermain biola yang asyik lagi mengasyikkan di sulami suara laungan nyanyian “bass guitar” dari katak pisang untuk beberapa detik yang kadang kalanya agak sumbang. Kelihatan bayangan seseorang dari sinaran lampu minyak tanah yang apinya terliuk liuk menari mengikut alunan angin malam yang hening itu, Sesekali ia menghembus asap kosong dari rokok kretek yang di beli dari kedai Pak Ya siang tadi dia termenung di tangga batu di pondok usang entah apa yang di pikirkan, dari kedutan garisan dahinya yang luas itu menafsirkan akan satu wajah yang telah lanjut usia, Fikirannya melayang jauh mungkin lebih jauh dari asap rokoknya yang di tiup angin lalu hilang di celah celah atap rumbia pondok itu. Bayangan demi bayangan bermain dalam fikirannya ibarat satu layar tayangan filem yang terpapar di sebuah layar besar di dalam kepalanya itu. Mengingati masa silam yang telah berlalu dari sejak dia di bangku sekolah lagi lalu meningkat dewasa berumahtangga dan sehinggalah beliau membina pondok usang ini yang bakal rebah untuk tempoh masa dua minggu lagi seperti yang di tulis di keras dalam genggamannya itu, sehelai kertas yang cukup untuk menghiris lumat jiwa dan raga nya , kemana lagi mampu beliau melangkah mencari tempat berteduh dengan usianya yang lewat menjangkau lapan puluh tahun itu.Siapa lagi yang sedia menyediakan tempat tinggal untuk berlindung dari hujan dan panas dan siapa pula yang akan menyediakan makan minumnya untuk mengisi perutnya. Apa lagi yang boleh beliau harapkan ? siapa pula yang sudi untuk berkongsi semua itu dengan nya jika ada.







BAB 1


“Adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!….. “suatu jeritan di belakang rumah . “Ape la aku tak cakap macam tu aku rasa je..cepat sangat terasa la ko nie.” Terdengar suara menjawab jeritan tadi . Kelihatan Feroz yang sedang menahan kesakitan itu depan Razman, dua sahabat yang cukup akrab yang sering bersama sejak kecil lagi.



24/09/03 – senawang – 0030 am

LIKU LIKU KEHIDUPAN
SEMALAM YANG AKU LALUI PENUH BERLIKU
LIKU YANG SAMA JUGA AKU HARUNGI HARI INI
BAGAIMANA PULA HARI ESOK ADAKAH MASIH BERLIKU
BAGAIMANA HARUS AKU TEMPUH KESEMUA LIKU LIKU ITU
MASIHKAN ADA HARAPAN UNTUK MAMPU MENGHARUNGI LIKU LIKU ITU
DI MANA DAPAT AKU CARI KEPASTIAN, UNTUK AKU MEMBUAT PERTANYAAN
KERANA JALAN ITU MASIH BERLIKU
MAMPUKAH AKU TERUSKAN PERJALANAN HIDUPKU INI
ATAU AKU DI LORONG YANG SALAH
JIKA AKU DI LORONG YANG SALAH
HARUSKAH AKU TEMPUHI LIKU LIKU YANG PERNAH AKU LALUI ITU SEMULA
ATAU HARUS AKU TERUSKAN LALUI JALAN YANG TERUS BERLIKU ITU
YA, AKU MUNGKIN DI PENGHUJUNG JALAN BERLIKU INI
MUNGKIN DI SEBALIK BUKIT ITU PERHENTIAN KU
AKU TIADA JAWAPANNYA , MAU PUN MEMBUAT PERTANYAAN
YANG PASTI UNTUK AKU MENCARI JAWAPAN
AKU HARUS TERUSKAN JALAN BERLIKU INI
SEHINGGA DI PERHENTIAN ITU


Senawang 11/07/03 , 0020 hrs
MELIHAT SESUATU YANG TAK NAMPAK
Bagaimana ? boleh ker ? kau gila ke ? ish ? jangan nak mengarut ! ala… dah tak nampak memang le tak nampak atau lihat, apa pun kena percaya jugak pada benda benda ghaib. Macamana nak lihat benda yang tak nampak pakai teropong ker ? hmmm… mungkin jugak sebab teknologi sekarang ni kan dah canggih. Orang jalan dalam gelap pun boleh nampak, waktu zaman perang dulu selalunya orang berperang sebelah siang saja , waktu malam bleh rehatkan badan gosok senapang atau pun pedang. Zaman perang sekarang , matahari mula terbenam aja barulah hantu-hantu perang tu nak panaskan enjin kapal terbang. Sebab dia orang boleh nampak apa yang tak nampak di waktu malam tu, so senang le dia orang nak buang besi buruk campur belerang tu keatas rumah rumah orang yang tak berdosa yang sedang lena di ulit mimpi , tak kisah la mimpi ngeri ker mimpi apa ker, sebab tu si budak Bush tu bleh menang lawan ngan pakcik Saddam
Seperkara lagi yang berkaitan ngan melihat sesuatu yang tak nampak nie .. korang perasan tak bila ada orang tu ada buat perkara yang membuat korang sakit hati , yelaaa.. sejurus lepas tu korang mesti asyik nampak perkara perkara yang buruk kat dia orang tu , sebelum tu tak nampak pulak betul tak , maka satu persatu keburukkan orang tu korang akan tau , maka lenyaplah pulak kebaikan orang tu , sedangkan masa korang tak sakit hati korang suka sangat kat orang tu , bila dah sakit hati korang bebuat tak nampak pulak kebaikkan orang tu , bebuat buta pulak sedangkan korang tak buta lagi , betul tak ? tepuk le dada kekuat pastu tahan lah sakit tu sendiri , tak pun tepuk tangan tu kat batu , sampai keluar darah pun takper , saper yang sakit , ( sila rujuk warkah sakit keluaran dulu ) tangan korang jugak yang sakit , abis tu saper yang suruh korang tepuk batu tu sampai sakit, sendiri mau Ingat laa.. jangan marah eh ….. nak marah gak ker .. ??? hmm… pasni sure korang akan semudahnya nampak semua yang tak elok pasal aku , yang sebelum nie korang tak nampak dan mungkin korang tokok tambah plak bagi tambah power so senang le skit orang nak jatuhkan aku ,
Hehehe! Nampak berkerut jer dahi korang tu … tadi tak nampakkan . kerut kat dahi tu memang ader pada setiap manusia ..budak baru tumbuh gigi pun dah boleh tayang kat orang yang jaga dia orang , “Tak percaya ke ? “ lantak korang ka .. ahaks… aku tak bleh nak paksa pun . cuba korang survey kat persekitaran korang kalau korang memang skang nie ader “baby” kat umah, tak kira la kalau budak kecik adik korang er ! anak sedara ker! Cucu korang ker! Ahaks.. alhamdulillah kalau ader atuk-atuk yang baca tulisan nie hehe..”assalamualaikum atuk , salam sejahtera cucu ucapkan kat atuk , hmmm.. berair palk mata aku .. air apa ni .. tak pe laa. Setitis air mata rindu buat ninda aku yang dah pergi jauh moga rohnya di cucuiri rahmat , amin .
Tersasar plak dari topik nie .. biasa laa.. bukan senang nak melihat benda yang tak nampak nie , camtu la… cuba korang tengok budak kecik tadi , tatap lah sepuas-puasnya wajah dia orang sebab wajah tu takkan sama hari demi hari, manusia berubah , sekali air bah sekali pasir beubah , wajah bersih putih dan gebu jadi idaman setiap perempuan kekadang ader gak lelaki yang berangan nak kulit gebu ahaks.. pastu tataplah wajah korang kat cermin . aku gerenti tentu benyak dah parut yang menjalar kira nasib baik gak la takder rel keretapi kat muka tu … dan pastinya dahi korang yang licin tu mula berkerut menanpakkan garis-garis lambing ketuaan .. tua yang tak semakin muka ..


Senawang 7/7/2003 1900 jam



SATU PERJALANAN
Hidup ini adalah satu perjalanan .Perjalanan hidup seorang macam aku , macam kau , macam dia , macam kamu , macam “hang” , macam mereka dan keluarga mereka. Ada perjalanan yang ngeri atau seram yang kekadang orang panggil ‘seram sejuk’ walaupun di waktu yang panas.Apa pun sebuah perjalanan indah juga yang jadi impian. Namun di setiap perjalanan itu juga ada susah , ada payah dan ada yang penat lagi memenatkan ada juga yang senang walaupun sesenang orang bercakap , ada juga yang cakap senang dan ada juga sesenang mulut je nak cakap apa pun , “ cakap tak serupa bikin cakap lain di buatnya kerja lain , lain yang di suruh buat lain pula yang di buatnya maka jadilah seperti jambatan yang tak siap buat dan tanyalah pada diri sendiri , aku , kau , dia , kamu , hang dan mereka serta keluarga mereka sekali lagi bagaimana nak pegi ke tanah seberang kalau jambatan pun tiada untuk di lalui untuk ke seberang dan yang paling penting untuk meneruskan perjalanan itu sendiri.
Sebuah perjalanan itu juga ada yang panjang ada yang pendek ada yang jauh ada juga yang tak bernoktah. Sepanjang perjalanan itu jugalah terciptanya sejarah tamadun manusia dari dulu-dulu yang terdahulu hinggalah sekarang iaitu zaman sekarang. Kehidupan ini juga merupakan sebuah perjalanan bemula dari alam sebelum kelahiran lagi kemudian alam selepas kelahiran di mana bermulanya sebuah perjalanan sebuah kehidupan manusia ini namun walaupun sesudah mati ianya bukan lah satu noktah bagi perjalanan panjang kerana ianya akan di sambung jua akan sebuah perjalanan di alam barzakh iaitu alam mati dan perjalanan roh juga berterusan hingga kealam akhirat di syurga maupun di nekara dan tidak di ketahui jua sehingga kemana jua berakhirnya perjalanan itu.
Hanya bekalan yang mencukupi juga harus di pastikan agar perjalanan itu dapat di tempuhi , di harungi dengan tabah seadanya seredhanya.

AMIN YA-RABAL ALAMIN adukajohor2003


Senawang 8/7/03 1900 hrs
PERJUANGAN
“ Dimana bumi di pihak disana langit kita junjung” antara pepatah keramat yang sering jadi laungan di dalam hati ku ini . Ya, yang kadangkala membuat aku lebih bersemangat untuk menerima nasib atau takdir yang menimpa diri aku selama ini. Kemana aku pergi disana jugalah langit indah yang membiru setia menyaksikan diriku yang kerdil ini dan bumi yang menyimpan segala rahsia alam menampung tubuhku yang kerdil ibarat kuman yang tak kelihatan jika di lihat dari langit nan berawan, tak kelihatan tapi ada.
Begitu jualah dengan permasalahan diri, kenalan , masyarakat , keluarga , kaum atau puak , bangsa , negara , benua juga semua makhluk bumi di cakerawala ini. Ianya tidak kelihatan tapi wujud sejak zaman berzaman sama ada di cari , di cipta atau di reka akan permasalahan itu yang terungkap dari perkataan “masalah”.
“Mas” kalau di sebut menggambarkan sesuatu yang berkilau yang berharga yang mahal ada masa yang tak ternilai oleh harganya. Di pakai oleh manusia untuk menambahkan keserian di mana-mana dengan pelbagai bentuk dan rupa saiz dan berat menjadi igauan manusia untuk memilikinya walau pun terpaksa berkorban nyawa di perut bumi untuk memperolehinya. Di kerah seluruh tenaga dan keringat namun tidak juga serik untuk “BERJUANG” mencarinya walau apa pun yang menimpa diri.
Akan tetapi jika “MAS” itu berubah untuk menjadi “MASALAH” maka ianya pasti membuat sesiapa pun pasti akan membuat garisan garisan di dahinya dengan penuh seni dan penuh makna membuatkan manusia itu sendiri hilang di sebabkan oleh masalah itu sendiri yang tidak di ketahui dari mana datang dan puncanya kerana jika di ketahui asal usul masalah itu. Maka akal pun mula tersenyum meningatkan pesanan kekata keramat “ Ia ada tapi tak kelihatan “ sama juga seperti kuman itu sendiri ia ada di mana mana.
Namun antara masalah dan kuman itu sendiri ada persamaannya , apakah persamaan itu ? “ Ia ada tapi tidak kelihatan”. Satu lagi persamaannya ialah keduanya boleh di elakkan dan di basmi dari pada menjadi perosak atau penyakit kepada semua makhluk , Islam mengajar kita mengenal erti kebersihan , lalu di buktikan oleh sains , dengan bersihnya sesuatu kawasan itu makan kuman pun